Sunday, December 21, 2014

Kumpulan Nasyid Dulu-Dulu AL-MIZAN


SEKITAR 70-an, peminat industri muzik tempatan diperkenalkan dengan lagu nasyid kontemporari diketengahkan kumpulan nasyid wanita popular seperti Al-Mizan, Al-Jawaher dan Hidayah. Kumpulan Al-Mizan menampilkan penyanyi utamanya, Faridah M Amin mula meraih populariti menerusi lagu seperti Solatullah, Junjungan Mulia dan Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pinta. Kumpulan Hidayah pula cukup popular dengan lagu dihasilkan komposer terkenal S Atan seperti Habibi, Sabar Itu Iman dan Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah). Lantaran populariti lagu dinyanyikan Hidayah, ia turut didendangkan semula penyanyi popular lain seperti Anita Sarawak dan Junainah M Amin. Al-Jawaher pula banyak mendendangkan lagu nasyid dihasilkan M Nasir dan lagu popular mereka seperti Mohon Pada-Nya Sujud Pada-Nya, Perjalanan dan Kembara Di Tanah Gersang pernah dinyanyikan kembali Sharifah Aini. Memandangkan minat terhadap lagu nasyid kembali mekar, syarikat rakaman Warner Music Malaysia mengambil inisiatif mempopularkan kembali lagu pernah dipopularkan tiga kumpulan nasyid terkenal dalam satu album kompilasi khas. Ia dilakukan bagi memastikan karya terbaik ini tidak terus ditelan zaman. Tambahan pula apabila tiba Ramadan dan Syawal, ia mendapat banyak permintaan. Apa yang menarik, semua lagu popular disenaraikan ini turut dimuatkan dalam album Kumpulan Nasyid Wanita Terbaik

Semasa kali pertama muncul bersama kumpulan Al-Mizan pada tahun 1977, penyanyi utamanya, Faridah M. Amin masih di bangku sekolah. Pada masa itu, dia juga tidak menganggap dirinya sebagai pendakwah sebaliknya sebagai seorang penyanyi biasa. Apatah lagi, minat utamanya lebih menjurus kepada lagu-lagu pop. Dia juga mengenakan pakaian moden pada masa itu. Malah, semasa mengadakan persembahan bersama kumpulan Al-Mizan, dia tidak menutup rambut keseluruhannya. Kritikan yang diterima kerana menyanyi lagu nasyid tanpa mengenakan tutup kepala membuatkan dia mendapat pengajaran. ``Kerana menganggotai sebuah kumpulan nasyid, saya menyertai satu kem dakwah yang dianjurkan, katanya. Daripada situ, dia mula terfikir untuk menutup kepala selaras dengan konsep lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan. Namun, di kala penyanyi itu mula tergerak untuk melakukannya, niatnya terhalang untuk berubah serta merta kerana album pop daripadanya bakal dipasarkan. ``Semasa saya muncul dengan album pop, hati saya mula tidak senang kerana perasaan dalaman ingin berubah, katanya. Namun, kerana tidak mahu menghampakan pihak syarikat rakaman, dia terpaksa melaluinya sehingga tempoh promosi tamat. Selepas itu, dia mula mengenakan tutup kepala dan muncul bersama kumpulan Al-Mizan menghasilkan beberapa buah album lagi. ``Saya pernah dikritik kerana muncul dengan album pop kerana ada yang tidak menyenanginya, kata Faridah yang kini berusia 39 tahun. Bersama Al-Mizan, dia menghasilkan lima album serta sebuah EP yang memuatkan empat buah lagu sebagai pengenalan diri. Antara lagu popularnya ialah Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon, Bersyukur, Alhamdulillah, Demi Masa, Junjungan Mulia, Empat Dara, Solatullah dan banyak lagi. Ditanya perkembangan terbarunya, kata Faridah, dia kini bekerja sepenuh masa di sebuah makmal di Singapura sejak 16 tahun lalu. Dia mula terfikir untuk bekerja tetap selepas kumpulan Al-Mizan mula mengurangkan aktiviti nyanyiannya. ``Pada masa itu, tidak banyak yang saya perolehi hasil aktiviti seni, kata ibu kepada tiga anak itu lagi. Dia juga kembali aktif selepas album kompilasi memuatkan lagu-lagu Al-Mizan bersama Al-Jawaher dan Hidayah dipasarkan semula. Sambutan menggalakkan daripada peminat membuatkan dia mula berfikir untuk aktif semula di dalam bidang nyanyian. ``Suami saya tidak melarang saya walaupun dia tidak menggalakkan, kata Faridah

Antara lagu-lagu popular yang dinyayikan oleh AL-MIZAN
  1. Bersyukur
  2. Demi Masa
  3. Jasa Ibu Bapa
  4. Muhammad Rasulullah
  5. Panduan Hidup
  6. Panggilan Waktu
  7. Pedoman
  8. Rahmat Aidilfitri
  9. ALhamdulillah
  10. Seruan Suci
  11. Assyakirin
  12. Dunia Dan Akhirat
  13. Marhaban
  14. Solatullah
  15. Tahan Ku Hulur Maaf Ku Pohon
  16. Junjungan Mulia
  17. Mari Bersembahyang
  18. Panggilan Haji
  19. Selamat Berhari Raya


 Download Link MP3 lagu-lagu AL-MIZAN. PASSWORD : cucurjawamakaku

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

No comments:

Post a Comment